UJIAN HARTA,MUSIBAH DI DUNIA
UJIAN HARTA ITU MUSIBAH DI DUNIA
Ramai orang menyangka mempunyai harta yang banyak,menjadi kaya raya itu satu nikmat yang besar dalam hidup akan tetapi ramai yang tidak sedar disebabkan kekayaan harta jugalah boleh menjadi musibah terbesar dalam hidup manusia,bahkan ada yang sanggup berdendam dan bermusuhan dengan ahli keluarga,semata-mata hanya kerana yang dinamakan harta.
Hubungan adik-beradik ketika si ibu dan ayah masih ada sangat baik. Hubungan rapat di antara anak-anak menyebabkan si ibu dan ayah berasa lega, jika suatu hari nanti ditakdirkan mereka menutup mata buat selama-lamanya, anak-anak mampu menyelesaikan dan membahagikan harta yang ditinggalkan secara baik.
Tetapi langit tidak selalu cerah dan panas disangkakan hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Hubungan yang rapat selama ini tercemar apabila ketidakpuasan hati dalam isu pembahagian harta yang diberikan oleh ibu dan ayah mereka kepada adik-beradik lain dipendam dalam diam.
Rupa-rupanya ada di antara mereka menyimpan rasa tidak puas hati terhadap adik-beradik lain tetapi perasaan itu disimpan kerana menghormati ayah dan ibu.
Ketidakpuasan hati dan pertelingkahan kecil merebak menjadi besar dan perasaan dendam, kecil hati mula bersarang di hati. Dendam menjadi lebih parah apabila ibu bapa meninggal dunia.
Jenazah arwah belum lagi dikebumikan tetapi anak-anak sudah bergaduh di hadapan jenazah. Walaupun si ibu sudah meninggal dunia 16 tahun lepas tetapi pertikaian yang terjadi tidak nampak sebarang penyelesaian.
Ini di antara kisah perebutan harta pusaka yang sering kita dengar dan perebutan ini tidak hanya melibatkan harta yang banyak tetapi harta sedikit pun menjadi isu perebutan keluarga.
“Dan ketahuilah bahawa harta dan anak-anak kamu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jua pahala yang besar.” (Surah al-Anfal:28)
Pertikaian keluarga atau waris-waris berebut harta pusaka menyebabkan urusan pembahagian pusaka tergendala. Pertelingkahan dan pertikaian yang berlaku sebelum kematian lagi, berlanjutan menyebabkan ada waris-waris enggan bekerjasama, menyebabkan proses pembahagian tidak dapat dijalankan dan diselesaikan dengan segera.
Kita sebagai umat Islam memandang remeh tentang keperluan membuat perancangan awal harta Islam. Masih ramai yang kurang memahami ilmu mewariskan harta. Ini disebabkan oleh sikap kita yang merasakan pengurusan harta tidak penting.
Kita beranggapan waris boleh menguruskan harta yang kita tinggalkan dengan baik, lagipun faraid sudah ditetapkan. Apa yang perlu dirisaukan. Tetapi kita lupa bahawa apabila kita meninggal dunia, semua harta kita akan dibekukan dan waris-waris faraid perlu melalui proses pentadbiran sebelum harta boleh diagihkan kepada yang berhak.
Kegagalan kita mengurus dan merancang harta Islam dengan baik semasa hidup boleh mengundang kepada:
Oleh itu,didiklah diri dan ahli keluarga supaya tidak mencintai harta dunia kerana ianya bersifat sementara bahkan kerana harta ia memakan manusia.
Comments
Post a Comment