APA BEZA ILMU FEQAH DAN ILMU TASAWUF?


Berkata Imam al-Ghazali :“Aku menyeberangi lautan fekah, aku sampai ke seberang, aku menyelami lautan tauhid, aku sampai ke seberang, aku menyeberangi lautan falsafah, aku sampai ke seberangnya, (tetapi) apabila aku menyeberangi lautan tasawuf, aku tenggelam dalam lautannya tanpa penghujung. 

Sesungguhnya kepentingan mendalami lautan tauhid melalui jalan tasawuf amatlah ditekan oleh para ulama yang telah mengecapi hasilnya.


Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : “Wahai Rasululah, apakah amal yang lebih afdhal?”
Rasulullah SAW menjawab : ”Mengenal Allah azza Wa Jalla…”.
Mereka bertanya lagi : “Apakah segala amal yang lebih pahalanya…?”
Rasulullah SAW menjawab : ”Mengenal Allah Azza Wa Jalla…”.
Sahabat tersebut bertanya lagi : ”Ya Rasulullah, kami bertanya tentang amal, mengapa tuan menjawab dengan ilmu…?” 
Rasululah SAW bersabda : ”Bahawa sedikit amal dengan mengenal Allah adalah lebih baik daripada banyak amal tetapi tidak mengenal Allah. Kerana amal yang seperti itu tidak bermanfaat”.

Comments

Popular Posts