KALAM HIKMAH 4
TAMAN-TAMAN SYURGA
Alhamdulillah, diberi peluang dan
dipilih oleh Allah untuk hadir dalam majlis Ilmu yang mana merupakan salah satu
taman-taman syurga di dunia bagi mengikuti kuliah asar iaitu Kuliah Tafaqquh
Fiddin bersama Ustaz Abdul Rahman Harman Shah Raniri bagi Kitab: Ar-Risalah Al-Jamiah wa
At-Tazkirah An-Nafiah”karangan Al-Habib Ahmad Bin Zein Al-Habsyi Kepada
sahabat-sahabat yang berminat ayuh jangan lepaskan peluang untuk duduk sejenak
di Pusat Islam UKM bagi mengikuti Kuliah ini yang akan dijalankan selepas Asar
pada setiap hari Khamis..Alhamdulillah, banyak perkongsian
dan ilmu yang dikongsikan oleh beliau. Pada permulaan minggu ini kami
mulakan dengan mengenali penulis kitab Risalah ini iaitu Al-Habib Ahmad Bin
Zein Al-Habsyi..
Siapakah beliau?
Beliau adalah Al-‘Allamah
As-Sayyid Al-Habib Al-Imam Ahmad bin Zein bin Alwi bin Ahmad Al-Habsyi
Al-Husaini Asy-Syafi’i. Hidup antara tahun 1069 sampai 1145 Hijriyah atau 1658
sampai 1733 Masehi. Beliau adalah seorang ulama yang terkemuka dengan
kehebatannya dalam ilmu-ilmu ‘aqliyah (akal) dan naqliyah (Al-Qur’an dan
Al-Hadits). Hal ini tergambar dalam berbagai karyanya yang begitu banyak.
Beliau bertalaqqi (belajar face to face) kepada banyak ulama di kota Syibam, Seiwun, dan Tarim. Pada
masa hidupnya beliau selalu menyibukkan diri dalam menuntut ilmu. Demi memperoleh tambahan ilmu, beliau mendatangi
para ulama yang tinggal di Ghurfah, Syibam, Tarim, Seiwun dan berbagai kota di
Hadramaut.
Di antara guru yang ditemuinya
adalah Al-Allamah Sayid Abdullah bin Ahmad bin Abdullah Bilfaqih, yang
mengajarkan kepada beliau ilmu tafsir, hadis, fiqih, tauhid, tasawuf, sejarah,
bahasa dan berbagai ilmu lainnya.
Beliau juga menimba ilmu dari
Quthbul Irsyad Al-Imam As-Sayid Abdullah bin Alwi Al-Haddad. Dengan bimbingan
Habib Abdullah Al-Haddad, beliau mengkaji lebih dari tujuh puluh kitab tentang
berbagai disiplin ilmu. Disebutkan bahwa Habib Abdullah Al-Haddad meninggal
ketika oleh beliau sedang dibacakan Al-Muwatho’. Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi
membaca pelajarannya sebanyak 25 kali sebelum mengikuti pelajaran gurunya. Dan
beliau mengulang pelajarannya sebanyak 25 kali seusai pelajaran. Beliau
merupakan salah satu murid kesayangan Imam al-Quthb al-Irsyad al-Habib Abdullah
al-Haddad shohibur Rotib. Kurang lebih 40 tahun beliau mulazamah kepada sang
Imam. Beliau membaca lebih dari tujuh puluh kitab dihadapan Al-Habib Abdullah
bin Alwi Al-Haddad hingga tahun wafatnya sang guru, 1132 Hijriyah.
Beliau juga belajar kepada
al-Imam Ahmad bin Abdullah Syarahil di kota Syibam. Kepada Syekh Abdurrahim Bin
Qadhi Baqusyair di kota Taris dan masih banyak lagi para ulama yang menjadi
refrensi beliau menuntut ilmu.
Diantara para guru beliau yang
lain adalah Syaikh Muhammad bin Abdullah Ba Jamal, Syaikh Abdurrahman bin
Muhammad bin Umar Al-Qadli Ba Katsir.
Beliau juga banyak memiliki teman dari berbagai kalangan termasuk
diantaranya para ulama seperti Syaikh Abdullah bin Utsman Al-‘Amudi.
Beliau juga banyak memiliki
murid, diantaranya Al-Habib Muhammad bin Zein Bin Smith yang terkenal banyak
membangun masjid di berbagai desa di Hadramaut, Al-Habib Umar bin Abdurrahman
Al-Barr, Al-Habib Ali bin Hasan Al-Atthas, Al-Habib Ali bin Abdullah bin
Abdurrahman As-Seggaf, dan masih banyak lagi.
Setelah wafatnya Imam al-Habib
Abdullah al-Haddad, beliaulah yang memegang tongkat estafet dakwah sang imam,
ketika itu beliau tinggal di kota Hauthah yang menjadi salah satu tempat utama
disambangi oleh para penuntut ilmu. Kesohoran beliau di zamannya mengimbangi
guru beliau al-Imam al-Habib Abdullah bin Alwy al-Haddad.
Diantara karya ilmiah beliau:
1. As-Safinatul Kubra
2. Al-Maqashidus Syariah fi syarh
min ulumil fatihah
3. Al-Qaulur Raiq syarh Hikmah
imam Ja'far as- Shadiq
4. Tiryaqul Qulub wak asrar fi
syarh syai min ulumi sayyidil istighfar
5. Al-Maslakus Sawiy fawaid wa
tatimmah al-Masyraur Rawi
6. Fathul hayyil Qoyyum fi syath
syai min syarabil qaum
7. Al-Isyaratus shufiyyah ilal
athwaril insaniyah wat thoharatis sabuiyyah.
8. Ar-Risalatul Jamiah wat
tadzkiratun nafiah
9. Nubdzah syarh thariq ali abi
alawiy
10. Shalawat Nabawiyah wa aurad
wa adiyah.
11. An-Nafahat sirriyah Syarah
qashidah ainiyah
12. Mawaridur Rawiyah al-Haniyyah
syrah abyat al-Washiyyah
13. Sabilur rusyd wal hidayah fi
washiyati ahlil bidayah
14. Al-Jadzabatus Syauqiyyah ilal
maqaid shidqiytah
15. ar-Raudhun Nadhir fi syarh
qashidah alhamdulillah as-Syahid al-Hadhir
Beliau juga yang mengumpulkan
jawaban-jawaban sang imam al-Habib Abdullah al-Haddad dari pertanyaan terkait
masalah tasawuf berjudul an-Nafaisul Alawiyah fil masailis shufiyyah
Diantara karya beliau adalah
Syarah Al-‘Ainiyah. Kitab tersebut banyak di-i’tiraf sebagai kitab syarah
terbaik atas ‘Ainiyah Al-Haddad yang terkenal. Kitabnya tersebut telah dicetak
berulang kali. Selain itu, beliau juga menulis banyak risalah dalam fiqh Madzhab
Syafi’i. Beliau juga banyak membangun tempat belajar di negeri Huthah,
Hadramaut, serta banyak mengasaskan pembangunan masjid di negeri Gurfah.
Untuk lebih luas mengenai
biografi beliau, silahkan merujuk kitab Qurratul Ain Fi manaqib Syeikhina Ahmad
Bin Zein, karya susunan murid beliau Sayyid Muhammad Bin Zein bin Sumaith.
Murid-murid beliau sangat banyak
yamg di kemudian hari menyebarkan dakwah islam di antaranya: putra-putra beliau
sendiri ; Imam Ja'far, Imam Muhammad, Imam Alawiy, Imam Abu bakr dan Imam
al-Hasan. Beliau juga banyak memiliki murid, diantaranya Al-Habib Muhammad bin
Zein Bin Smith yang terkenal banyak membangun masjid di berbagai desa di
Hadramaut, Al-Habib Umar bin Abdurrahman Al-Barr, Al-Habib Ali bin Hasan
Al-Atthas, Al-Habib Ali bin Abdullah bin Abdurrahman As-Seggaf, dan masih
banyak lagi.Yang paling terkenal di antara murid beliau adalah Imam Muhammad
bin Zein bin Sumaith wafat tahun 1172 Hijriyah, Imam Muhammad bin Umar bin
Qadhi Baqusyeir dan lain-lain.
Al-Habib Ahmad bin Zein Al-Habsyi
melahirkan banyak anak turunan yang menjadi para ulama diantaranya Al-Habib
Muhammad bin Idrus bin Muhammad bin Ahmad bin Zein Al-Habsyi. Al-Habib Muhammad lahir di kota
Hauthah tahun 1265 Hijriyah. Ia dididik dibawah pengawasan pamannya sebab ayah
beliau wafat sedang beliau masih kecil. Al-Habib Muhammad bertalaqqi kepada
banyak ulama. Beliau berhaji pada tahun 1281 dan 1282 Hijriyah, kemudian beliau
menetap di Mekah untuk menuntut ilmu kepada ulama tanah suci. Beliau juga
bersafar ke India, Singapura, dan Pulau Jawa. Selain bersafar dengan tujuan
berdakwah beliau juga berdagang untuk memenuhi kebutuhan hidupnya. Ramai para
ulama lain mengambil kesempatan dengan kehadiran beliau untuk bertalaqqi.
Beliau terkenal memuliakan tamu, sering menjamu para anak yatim dirumahnya, dan
banyak menginfakkan hasil perniagaannya kepada orang-orangbyang membutuhkan.
Beliau sempat tinggal di kota Bogor dan Purwakarta, Jawa Barat. Beliau juga
sering berkeliling kota di Jawa untuk memberikan mauizah hasanah dan pelajaran.
Beliau wafat di Surabaya tahun 1337 Hijriyah. Beliau dimakamkan di pemakaman
Keluarga Al-Habsyi di Ampel. Beliau mewariskan banyak Syiar Islam, diantaranya
bangunan masjid-masjid di berbagai kota di Jawa dan Hadramaut, membangun madrasah-madrasah,
dan juga membuat banyak diwan syair. Inilah yang menghubungkan dengan hubungan
erat antara shahibul kitab Risalah Jami’ah dengan kita masyarakat Indonesia.
Karya Habib Ahmad bin Zein Habib
Ahmad bin Zein memiliki berbagai karya besar diantaranya adalah As-Safînatul
Kubra, terdiri dari dua puluh jilid, Syarhul ‘Ainiyyah, Ar-Risâlatul Jaami‘ah
dan lain sebagainya. Beliau menaruh
perhatian yang besar pada pembangunan mesjid, dan telah membangun tujuh belas
masjid yang tersebar di berbagai kota di Hadramaut. Pada waktu Ashar, hari
Jumat 19 Sya’ban 1145 H (1733M), di kota Al-Houthoh, beliau berpulang ke
rahmatullah. Semoga Allah membalas amal
kebaikannya, dan memasukkannya ke dalam surga.
Diterjemahkan dari kata pengantar
Ar-Risaalatul Jaami‘ah oleh: Hasanain Muhammad Makhluf, Mantan Mufti Mesir dan
Ketua Lembaga Fatwa Al-Azhar Mesir
Comments
Post a Comment