KALAM HIKMAH 1



ADA APA DENGAN ILMU


Terlalu banyak dalil daripada Al-Quran dan hadith yang menunjukkan ketinggian ilmu dan orang yang berilmu. Ini bererti Allah amat bersungguh-sungguh meninggikan darjat orang yang berilmu. Manakala dalam kalangan manusia pula orang berilmu akan dipandang tinggi dan ditinggikan kedudukannya.
Mengenai keutamaan menuntut ilmu, Rasulullah saw ada menyatakan:

“Sungguh, malaikat akan meletakkan sayapnya(menaungi) pada pencari ilmu kerana senang apa yang sedang dituntutnya. Orang berilmu selalu diminta ampunkan oleh apa yang ada di langit dan dibumi sampai oleh ikan di air. Keutamaan orang berilmu dibanding dengan orang yang banyak beribadat seperti keutamaan bulan purnama berbanding semua bintang. Para ulama pewaris nabi,  mereka tidak mewarisi dinar dan dirham tetapi mereka mewarisi ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya bererti ia mendapat keuntungan yang banyak.

Hadith riwayat Abu daud, tirmizi dan ibnu hibban

Maka jelaslah apa yang dikatakan oleh Sayidina Ali ra kepada Kamil bin Ziyad:

“Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjagamu dan kamu akan menjaga harta. Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan, Dan harta, sebaliknya semakin berkurang jika dibelanjakan. Ilmu pembimbing dan harta dibimbing”

“Imam Mazhab” iaitu Imam Syafie katanya “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang didunia dan di akhirat, disamping ianya menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh.”

Ini sejajar dengan penurunan suruh al-Alaq sebagai perintah kepada manusia menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw yang bermaksud “Jadikanlah dirimu orang alim(berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai(tiga golongan yg tersebut) dan janganlah engkau menjadi golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa” –Riwayat al-Bazzar. 


Imam Al-Ghazali dalam ‘Al-Iqtisad Fi Al-I’tiqad’ menulis, “Perumpamaan akal adalah laksana penglihatan yang sempurna dan tidak cacat. Sedangkan perumpaamaan al-Quran adalah seperti matahari yang cahayanya tersebar merata, hingga memberi kemudahan bagi para pencari petunjuk.”

Imam Hasan Al-banna pula berkata, “Mencintai dan memuji orang soleh kerana amal perbuatan mereka yang baik, dapat mendekatkan diri kepada ALLAH swt .”

Fatah al-Maushili rahimahullah menjelaskan, “Bukankah si pesakit itu apabila tidak diberikan ubat, dia kan mati!” Orang ramai menjawab, “Benar katamu!” Fatah al-Maushili berkata lagi, “Demikian pulanya sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia.”

Kata-kata nasihat seorang pujangga Muadz bin Jabal Radhiiyyallahu anhu

“Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya sebab ALLAH adalah kasyah. Menuntutnya adalah ibadat, mempelajarinya adalah tasbih dan mencarinya adalah jihad. Mengajarnya kepada orang tidak mengetahui adalah sedekah dan menyerahnya kepada ahlinya adalah taqarrub. Sesungguhnya, ilmu adalah teman dekat dalam bersendirian dan sahabat dalam kesunyian.”

Comments

Popular Posts