VIRAL: BERFIKIR SEBELUM SHARE




Terkadang disebabkan mulut dan tangan yang lebih laju bertindak berbanding akal yang berfikir menyebabkan berlaku salah faham, masam muka, konflik dan kebencian. Ya, dengan mulut manusia dapat menyelesaikan urusan kehidupan, tetapi kerana mulut jugalah manusia musnah.

Bila terlihat sesuatu, cepat percaya, laju nak komen, pantas menghukum, gopoh mengulas dan lekas menuduh. Semua itu dilakukan tanpa usul periksa, tanpa memikirkan baik dan buruk serta tidak menimbangkan kemaslahatan. Ini adalah sikap dan ciri orang yang berada dalam 'dunia maya'.

Orang tua-tua ada berpesan “Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa”. Kenapa tidak sabar dan menahan diri dari membuat komen di Facebook dan Whatsapp? Pertimbangan yang waras itu menjadikan anda seorang yang berhikmah dan dihormati. Fikir banyak kali sebelum bertindak, biarlah lambat sedikit asalkan selamat.

Pendeklah mulut dari mengomen, kekanglah tangan dari mengulas, tahan jari dari menekan “send”/ “forward” / “share” dan dapatkan penjelasan sebelum bertindak. Ini selaras dengan Firman Allah agar bertabayyun terlebih dahulu dan Rasulullah SAW juga telah bersabda: Hendaklah anda berkata baik, atau diam sahaja.

PANJANG TANGAN ITU MENCURI, PANJANG MULUT ITU MEMFITNAH.



Comments

Popular Posts